KUALA LUMPUR: Seorang bekas pemilik syarikat kontraktor pembinaan didenda RM48,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 berjumlah RM10,000, tiga tahun lepas.
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Fauzi Abdul Latiff, 31, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan dan memerintahkan hukuman penjara tujuh bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 23 April 2021.
Dia didakwa menngikut Seksyen 471 Kanun Keseksaann boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, mahkamah memutuskan menerima representasi sebagai 'Take Into Consideration' (TIC) terhadap tiga lagi pertuduhan berkaitan yang dikemukakan peguam Mohamed Musthafa ke atas anak guamnya mengikut 171A Kanun Tatacara Jenayah.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Azriff Firdaus Mohammad Ali memohon hukuman setimpal sebagai memberi pengajaran dan keinsafan terhadap tertuduh selain mengambil kira faktor kepentingan awam.
Bagaimanapun, Mohamed memohon denda minimum dengan alasan anak guamnya menanggung keluarga serta ibu bapanya yang uzur.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024
Muhammad Fauzi Abdul Latiff (tengah) ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2023. - Gambar fail/BERNAMA
Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus - KKM
Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan
Seorang Pegawai Tidak Tauliah (PTTK) dari Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) yang dalam misi United Nations Interim Force in Lebonan (UNIFIL) meninggal dunia, pada Sabtu.
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
UAE hantar 100 tan bantuan kemanusiaan ke Brazil
Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu telah menghantar pesawat bantuan pertama yang membawa 100 tan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa banjir dan hujan lebat yang melanda Brazil baru-baru ini.
Sekurang-kurangnya 400 maut susulan hujan lebat, banjir di Afghanistan
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Gunung Ibu meletus, tujuh kampung dipindahkan
Letusan gunung berapi di pulau terpencil Indonesia, Halmahera semalam yang memuntahkan awan abu kelabu ke langit memaksa penduduk tujuh kampung dipindahkan.
[TERKINI] Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
Serang balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI
Semua pihak perlu berhenti menyebar spekulasi liar mengaitkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini dengan kumpulan ekstremis termasuk Jemaah Islamiyah (JI).
Beri lebih peruntukan kepada Selangor
Sany meminta agar kerajaan persekutuan memberikan lebih peruntukan kepada negeri Selangor, khususnya daerah-daerah yang sedang pesat membangun.
Percepat proses, kerja naik taraf jalan persekutuan
Kerja naik taraf yang sedang berjalan di Jalan Persekutuan dari Persimpangan Jalan Dato’ Alias ke Persimpangan Batu 9, Cheras perlu mempunyai kesinambungan bagi memastikan keselesaan berterusan dan mengurangkan kesesakan trafik khususnya pada waktu puncak.
Curi kabel TM, dua rakan didenda RM4,000
Kedua-duanya mengaku melakukan kesalahan itu di tepi Jalan 1, Taman Selayang Baru, Batu Caves di sini pada 4.45 pagi 1 Mei lepas.
Peniaga didenda RM8,000 sengaja daftar kelahiran anak lebih sekali
Seorang peniaga didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret kerana sengaja mendaftar kelahiran anak sulungnya lebih daripada sekali pada September tahun lepas.
Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
FGP Ventures didenda atas kesalahan tawar iRPS secara tidak sah - SSM
FGP Ventures Sdn Bhd, syarikat persendirian menurut syer, dikenakan hukuman denda sebanyak RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Jenayah.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lelaki 'kantoi' seludup ular sawa dalam seluar
Susulan tindakan itu, dia dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda AS$5,000 (RM23,887).
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.
Apple akan didenda AS$500 juta oleh EU kerana amalan anti persaingan
Kini menurut laporan Financial Times, EU akan mengenakan denda $500 juta ke atas Apple atas amalan anti persaingan mereka.
Bekas MP Kapar mengaku bersalah hantar mesej kurang sopan, bayar denda
Manikavasagam yang juga bekas Ketua PKR Cabang Kuala Selangor dituduh berkelakuan kurang sopan terhadap seorang individu dengan menghantar mesej kurang sopan.
Syarikat proses ayam didenda RM15,000 lepas efluen tidak dirawat ke longkang
Kesalahan itu dilakukan di premis yang beroperasi di Kulim pada jam 9.30 hingga 11 malam 4 April tahun lalu.